Tongkang bawa batu kerikil ditahan

SARIKEI (Tanjung Manis): Sebuah bot tunda dan tongkang yang membawa batu kerikil dirampas di Tanjung Jerijeh kelmarin.

Penahanan bot tunda dan tongkang berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan.

Sembilan anak kapal termasuk empat wrganegara India ditahan bagi membantu siasatan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd Ariz Md Kassim dalam kenyataan berkata, bot berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 iaitu gagal mengemukakan Pas Pelepasan Pelabuhan.

Orang ramai mempunyai maklumat berhubung salah laku serta kesalahan jenayah ataupun pencerobohan zon menangkap ikan di laut di kawasan Tanjung Manis menghubungi terus Bilik Operasi,  Zon Maritim Tanjung Manis di talian 084-613292/084-613293 atau MERS 999 (24 jam).
LihatTutupKomentar
Cancel