Venezuela promosi mata wang kripto

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Venezuela berhasrat menerajui inisiatif ekonomi bersama Petro, bagi membolehkan ia memanfaatkan nilai sumber mineral dengan membangun serta mempromosi mata wang digital kripto di negara itu.

Mata wang kripto akan menjadi platfom transaksi antarabangsa dan mengatasi masalah pasaran kewangan akibat sekatan ekonomi.

Petro yang diperkenalkan pada Februari 2018, dikeluarkan kerajaan Venezuela menerusi pentas rangkaian blok bersekutu yang disokong rizab minyak negara itu.

"Pasaran minyak adalah lebih besar berbanding jumlah semua pasaran logam. Situasi ini meletakkan Venezuela dalam kedudukan istimewa kerana terbukti memiliki rizab minyak mentah terbesar dunia," menurut kenyataan Kedutaan Venezuela di Kuala Lumpur, di sini.

Maklumat yang diperoleh daripada kenyataan itu menyatakan, Venezuela memiliki rizab minyak terbesar dunia dengan 300.9 bilion tong. 

Ia menambah, kerajaan akan menerima bayaran cukai, obligasi, yuran, sumbangan dan perkhidmatan awam kebangsaan dalam mata wang digital kripto.

“Ia digunakan untuk memperoleh barang atau perkhidmatan dan boleh ditebus untuk wang fiat dan mata wang kripto lain atau mata wang kripto menerusi bursa pertukaran digital," menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.petro.gob.ve/eng/home.html. 
-- BERNAMA  

LihatTutupKomentar
Cancel