109 kes, 99 negatif, 10 masih menunggu
KUCHING: Dua kes dibawah siasatan (PUI) disyaki Covid-19 di Sarawak masing-masing di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Hospital Bintulu.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 109 kes PUI dicatatkan di Sarawak sejak 10 Januari lalu.
Sebanyak 99 kes dilaporkan negatif dan 10 lagi masih menunggu ujian makmal.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata, kedua-dua PUI berkenaan adalah rakyat Malaysia.
Jabatan Kesihatan Negeri telah memeriksa sebanyak 13,849 pelawat di pintu masuk ke Sarawak melalui air, darat dan udara.
Jumlah pelawat yang diperiksa tahap kesihatannya ialah 167,322 sejak 1 Februari lalu.