Adakah Rafizi mempersenda YDP Agong?


Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias



KUALA LUMPUR : Ketika Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sedang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh orang politik.

Dan juga masalah yang ditimbulkan parti politik semakin banyak pula muncul pihak yang jelas membayangkan niat jahat mala-fidae mereka terhadap YDPA dan Institusi Raja.

Sekali gus mengkhianati sistem pemerintahan demonskrasi Raja Berperlembagaan.


Cakap mudah orang awam, telah semakin nampak belang siapa yang hendak menghapus Raja-raja Melayu.

Hari ini warganet kecoh mengenai satu penyiaran di laman sosial Twitter milik Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang berbaur sindiran terhadap keprihatinan YDPA memberi sumbangan makanan segera kepada pengamal media sejak Isnin lalu.

Antara petikan penyiaran itu, "mengikut saintis makanan segera boleh rosakkan daya ingatan. Pengajaran : Media  yang dapat fastfood dari Agong jangan sampai terlupa apa nak lapor.


Kenyataan kedua beliau berbunyi "bila kucar kacir ini peluang yang baik untuk berniaga. Anda akan ditemuduga oleh robot (bukan Agong).

Susulan itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman Twitternya menghantar satu penyiaran memaklumkan baginda berasa hairan kenapa Rafizi bertindak menyekat akaun baginda.

Titah baginda, " Sy tdk ikut politics dan tdk follow @rafiziramli semlm sy saje saje nak baca tweet Rafizi...terperanjat sy kerana dia block saya...kenapa? Pelik sungguh.

Sementara itu, Presiden pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi), Datuk Norasyikin Abdul Ghani meminta polis menyiasat adakah ini berita palsu atau bukan.

"Jika bukan pun ini jelas menghina YDPA dan menimbulkan kerisauan ketenteraman awam.

"Maka polis mesti bertindak jika tidak terbukti kepada seluruh dunia Polis DiRaja Malaysia pilih bulu dan jadi balaci parti politik tertentu," katanya.


LihatTutupKomentar
Cancel