Bakar kereta, motosikal, berang dituduh tidak bayar minyak
BETONG:Berang dituduh pekerja Shell tidak membayar harga minyak yang dibeli, seorang lelaki bertindak membakar sebuah kereta dan dua buah motosikal yang diletakkan dalam sebuah bengkel di Shell Soon Hock Hin,Jalan Sie Meng Chan,di sini,pagi tadi.
Bagaimanapun, kebakaran telah dipadam oleh pekerja Shell tersebut dengan menggunakan empat Alat Pemadam Api (API) sebelum Bomba sampai ke lokasi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.53 pagi.
"Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan, pihak Bomba bergerak balik ke balai,"katanya di sini hari ini.
Katanya,suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.