Baru Bian di Parlimen sahkan kos projek Pan Borneo RM16.48 bilion.


KUCHING: Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen bahawa pembatalan perjanjian model rakan pelaksana projek (PDP) Pan Borneo Sarawak akan menjimatkan RM3.1 bilion atau dari RM21.9 bilion kepada RM18.8 bilion adalah mengelirukan.

Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan media berkata, seperti yang disahkan oleh Menteri Kerja Persekutuan Baru Bian di Parlimen pada 26 Mac 2019, kos projek yang disasarkan asalnya ialah RM16.48 bilion.

Beliau berkata, seterusnya, PDP dapat mengurangkan kos tersebut kepada RM15.13 bilion menerusi pengoptimuman kos dan penjimatan kecekapan sementara masih mengekalkan tarikh siap projek asal pada akhir 2021.

Katanya, sehingga pembatalannya, tidak pernah ada dakwaan bahawa PDP terlambat dalam penghantaran projek atau telah melebihi anggaran.

“Jadi bagaimanakah kos baru yang diumumkan sebanyak RM18.8 bilion dianggap sebagai pengurangan RM3.1 bilion daripada kos sebelumnya sebanyak RM15.13 bilion? Sebaliknya, ia adalah peningkatan kos RM3.67 bilion,”

"Dengan pembatalan PDP dan pengumuman perubahan oleh Guan Eng semalam, projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak kini berisiko tertunda dari sasaran tarikh asal iaitu hujung 2021,” katanya.

Beliau menambah, malah projek ini berisiko menelan kos lebih tinggi berbanding sasaran kos RM15.13 bilion pada ketika ini.

Bila itu berlaku, semua orang Sarawak harus tahu bahawa Chong bertanggungjawab sama.

Mengenai kenyataan Chong bahawa setiausaha Kerajaan Sarawak telah menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan untuk menamatkan perjanjian PDP Pan Borneo Highway Sarawak, Fadillah berkata kerajaan negeri tiada pilihan.

“Apakah pilihan apabila anda diberi pilihan antara menandatangani perjanjian untuk membatalkan dan tidak menerima apa-apa pembiayaan yang telah dipersetujui untuk projek itu diteruskan?

Katanya, keadaan sama berlaku di mana Sarawak membayar bayaran pendahuluan sebanyak RM1 bilion secara berperingkat kepada Kerajaan Persekutuan sebelum projek membaik pulih sekolah-sekolah usang oleh Kerajaan Persekutuan boleh bermula,  walaupun jumlah RM1 bilion itu telah diluluskan dalam Belanjawan 2018 semasa kerajaan Barisan Nasional.
LihatTutupKomentar
Cancel