Bubok Miri ke luar negara
MIRI: Produk dari hasil bubok boleh dipasarkan ke luar negara, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,
Menurutnya, pelbagai cara untuk memasarkan bubok seperti biskut bubok yang boleh dikomersialkan.
"Sekarang penduduk Miri mungkin boleh menjual bubok yang popular di Miri menggunakan online.
"Ia antara produk yang menarik selain beberapa produk lain yang boleh diketengahkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian SMA-TEGAS Digital Inrrovation Hub di SMA-TEGAS Digital Innovation Hub Miri pada hari ini.