COVID-19 ganggu ekonomi Malaysia,


PUTRAJAYA : Penularan wabak koronavirus (COVID-19) boleh menyebabkan ganguan kepada ekonomi dan ketidakpastian jika keadaan ini berpanjangan, kata Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Menurutnya, berdasarkan  data bulan rujukan Disember 2019 iaitu sebelum berlaku penularan wabak COVID-19, Indeks Pelopor (IP) mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 1.4 peratus. 

Katanya, kadar pertumbuhan bulanan IP menguncup 0.8 peratus pada bulan terakhir 2019. 

“Ini (pengucupan IP) terutamanya disebabkan oleh penurunan Import Benar Semi Konduktor (-0.4 peratus) dan Jangkaan Nilai Jualan di sektor Pembuatan (-0.4 peratus). 

“Pada masa sama, kadar pertumbuhan IP (terlicin) kekal menggalakkan di atas trend yang menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi dijangka akan berterusan dalam tempoh terdekat tanpa mengambil kira kejutan dalaman dan luaran kepada ekonomi,” ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.



Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini menernitkan Penunjukan Ekonomi Malaysia : Indeks Pelopor, Serentak dan Susukan bagi Disember 2019. 

Jelas Mohd Uzir, IP merupakan salah satu alat yang memberikan maklumat berkaitan hala tuju ekonomi ke hadapan. 



LihatTutupKomentar
Cancel