Gangguan bekalan air di Samarahan, UNIMAS, UITM

KOTA SAMARAHAN: Lembaga Air Kuching mengumumkan notis kerja-kerja teknikal yang dijadualkan untuk saluran paip dan injap bagi mentauliahkan semula tangki air Entingan No.2 di sini.

Kerja tersebut mungkin menyebabkan bekalan air tidak memuaskan kepada pengguna di kawasan berkenaan kerana arusan air yang kuat di dalam saluran paip.

Kawasan terjejas ialah INTAN, Wisma SALCRA, UNIMAS, UITM, IPG Kota Samarahan, Taman Desa Ilmu, Summer Mall, Aiman Mall, Taman Perindustrian Samarahan, Kawasan Pentagon, beberapa kampung di Kota Samarahan dan pengguna sekitar termasuk bekalan air ke JBALB Asajaya.

Untuk pertanyaan hubungi 082 222333 atau SMS ke 019 8866650.
LihatTutupKomentar
Cancel