Helikopter milik PDRM terhempas di kem PGA



TAWAU: Helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di kawasan kem Polis Batalion 14 PGA, Kem Air Panas Tawau kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas ketika dihubungi  pihak media telah mengesahkan kejadian tersebut.

Difahamkan juga, makluman awal melaporkan semua kru dan penumpang helikopter berkenaan selamat.

"Terdapat 6 mangsa, 5 org telah dikeluarkan dan seorang tidak dapat bergerak ( cedera parah )," kata sumber PGO JBPM Sabah.



Kredit gambar - Ajam SK

LihatTutupKomentar
Cancel