Jalan ditutup sempena Perasmian Wireless Walk

MIRI: Bersempena Perasmian Wireless Walk oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg pada 26 Februari, jam 7 malam, beberapa jalan utama akan ditutup bagi melancarkan program perasmian tersebut.


Sebahagian Jalan Merpati di hadapan Permasisuri Imperial City Mall akan ditutup pada 24 Februari, Isnin bermula jam 7 pagi hingga Rabu, 26 Februari bagi kerja-kerja persediaan.


Manakala, pada 27 Februari, Khamis pula kerja-kerja mengemaskini tapak Program Wireless Walk.

Sementara itu, pada hari perasmian 26 Februari, Jawatankuasa Pengelola akan menutup Jalan North Yu Seng bermula jam 2.00 petang sehingga ke Jalan Merpati bagi melancarkan Program Perasmian Wireless Walk pada jam 7.00 malam.

Projek Rakyat Wireless Walk, Miri ini merupakan satu-satunya koridor yang mempunyai internet berkelajuan tinggi yang boleh diakses secara percuma di Sarawak.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan bermula 24 hingga 27 Februari bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
LihatTutupKomentar
Cancel