Jangan Ganggu Tugas YDPA
Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias
“Biar saya jalankan tanggungjawab. Saya harap kita dapat mencari penyelesaian terbaik untuk negara,” titah tingkas Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Titah ringkas tapi penuh tersirat sebelum menjalankan tugasnya di Istana Negara, menemubual seorang demi seorang Ahli Parlimen bagi mencari penyelesaian terbaik menangani kemelut politik tanah air.
Ibarat sudah dapat menjangka akan ada ribut datang melanda cuba menjejaskan ketenangan petang itu.
Ribut hari ini datang daripada blok pembangkang yang enggan bersama membentuk kerajaan jika syarat tidak dipenuhi, antara syarat itu adalah tidak mahu DAP dalam kerajaan.
Sama juga di pihak PAN yang mendakwa memiliki sokongan yang cukup membentuk kerajaan, ia adalah kenyataan terdesak dan menganggu tugas YDPA. Partinya sudah tidak jadi kerajaan.
Pada pendapat saya, tidak perlu diadakan semula pilihan raya kerana itu sebenarnya yang dikehendaki oleh pihak yang sudah kalah dalam Pakatan Harapan dan jika PRU diadakan mestilah DAP dan orang yang sama akan masuk bertanding.
Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan, sekaligus jemaah Menteri terbubar, Penasihat Media Tun pula menegaskan Tun enggan bekerjasama dengan UMNO akan berlaku.
Ramai yang lupa, walau apa pun yang seolah bercakap bagi pihak Tun, Tun tetap ada jawapannya sendiri.
Pihak yang kalah pula melancar perang saraf yang menunjukkan kononnya mereka memiliki sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan dan kononnya menyokong Tun sebagai Perdana Menteri.
Rakyat sewajarnya tidak perlu bimbang dan memberi sepenuh ruang ke atas kebijaksanaan YDPA menentukan kedudukan kerajaan sebagaimana yang dimohonnya awal petang tadi.
Jangan mempertikaikan tindakan YDPA, jangan hina, pelekeh YDPA. Pandai la baginda menetapkannya walaupun ini perkara pertama dalam sejarah berlaku sejak merdeka.
Ada segelintir minta Parlimen dibubarkan tetapi Apa motif hendak bubar Parlimen? Yang mencadangkan ini, itulah pengkhianatnya?
Hipotesis pihak yang mencadang adalah daripada penyokong DSAI dan DAP kerana mereka sudah kalah, harapan untuk jadi Perdana Menteri tidak kesampaian, jika bubar Parlimen kegiatan membeli calon kemungkinan berlaku.
Kerajaan Perpaduan secara prinsipnya banyak bercanggah dengan dasar yang ditetapkan parti.
Apa-apa perkiraan mestilah atas dasar parti sedangkan wakil rakyat bukan wakil parti.
Tiada sesiapa boleh larang mana-mana individu yang layak untuk jadi wakil rakyat.
Walaupun DAP atau mana-mana parti atau bebas atau ada parti.
Apabila UMNO, BN, PAS menerusi Muafakat Nasional mencadangkan parlimen bubar ia menyebabkan kefahaman awam tersasar dan menimbulkan kebimbangan.
DAP ada hak untuk duduk dalam Parlimen walaupun sudah tiada kerajaan PH. Jika UMNO tak suka DAP ada dalam Parlimen, Ahli Parlimen UMNO dipersilakan letak jawatan.
Motif tersirat pihak yang mendesak bubar Parlimen, adalah jelas sebagaimana orang yang terdesak. Bubar Parlimen semula ada harapan UMNO BN menang majoriti.
Awal-awal rakyat mesti diingatkan jika pihak ini sanggup buang, langgar dan tak hormati YDPA dan Perlembagaan janganlah dipilih mereka sebagai wakil rakyat.
Jelas untuk kepentingan peribadi bukan kepentingan rakyat.
Jika YDPA sudah tidak boleh buat baru serah pada rakyat. Ini adalah tindakan terdesak balaci PKR dan DAP.
Jika DSAI sudah dilantik jadi PM, ada siapa ke yang mahu bubar tu?
Tanggung jawab wartawan rakyat unyuk menyedarkan kebimbangan ini.
Dalam senarai kabinet bayangan yang dibentangkan, ada tak DAP? Jika tiada kenapa perlu heboh pula?
YDPA mesti diberi maklumat yang betul tepat benar dah sahih, walaupun YDPA sudah sedia tahu.
Semua pihak digesa menghormati YDPA dan benarkan YDPA jalankan tugasnya tanpa gangguan. Sebagaimana yang telah dinyatakan diatas.
*Penulis mula menjadi wartawan sejak 2008, telah memenangi berbagai anugerah utama kewartawanan termasuk Kajai dan dinobatkan sebagai Wartawan Rakyat.