Kahwin isteri kontrak 3 hari RM1,500


JAKARTA: Isteri kontrak dengan bayaran 5 juta rupiah (RM1,500), selama tiga hari atau 10 juta rupiah (RM3,000) untuk seminggu.

Itu antara tawaran pelancongan ‘seks kontrak’ kepada pelancong Arab yang berkunjung ke Puncak, Bogor, Jawa Barat.

Aktiviti itu terbongkar selepas polis menahan empat individu yang dikatakan menjadi dalang aktiviti berkenaan.

Media tempatan melaporkan suspek ditahan selepas polis menjalankan risikan berhubung sebuah video dimuat naik di YouTube.

Jurucakap polis berkata, kandungan video itu menyatakan bahawa Puncak adalah antara lokasi aktiviti berkenaan.

Beliau berkata, dalang dikatakan menggunakan modus operandi kahwin kontrak antara pelancong Arab dan wanita tempatan.

“Ia berdasarkan sebuah video dalam Bahasa Inggeris di YouTube. Ia sudah menjadi berita antarabangsa,” katanya.

Susulan itu, polis melakukan kajian sebelum mendapati bahawa pihaknya mendapati ada pelancong berbangsa Arab ke Bogor untuk tujuan berkenaan.

Dalam pada itu, polis memberitahu bahawa daripada empat suspek berkenaan, dua daripadanya berperanan sebagai penyedia wanita.

Selain itu katanya, seorang lagi memainkan peranan untuk mencari pelancong Arab yang mahu mendapatkan isteri kontrak itu.

“Seorang lagi pula menghantar wanita berkenaan ke tempat di mana pelancong berkenaan menginap di vila sekitar Puncak,” katanya.

Dalam pada itu, Serambinews.com melaporkan kebanyakan daripada pelancong Arab itu mahukan wanita yang berstatus janda.

“Pada masa sama, wanita tempatan itu mahukan lelaki yang tidak kasar,” katanya.

Siasatan juga mendapati bahawa seorang daripadanya mengakui menjalankan aktiviti itu sejak 2015.

Dia juga mengaku pernah 12 kali menjadi saksi ijab kabul kahwin kontrak berkenaan.
LihatTutupKomentar
Cancel