Kaki pecah kereta tumpas



KUCHING:Kaki pecah kereta yang menyasarkan barangan berharga ditumpaskan pihak polis malam tadi.

Lelaki berusia 35 tahun dari Kampung segedup itu diberkas anggota dan pegawai Balai Polis Sentral semasa membuat rondaan cegah jenayah di kawasan Jalan Wayang Street jam 10 malam tadi.
Ketua Polis Balai Sentral ASP Ahmad Abang berkata, suspek ditahan dihadapan Tua Pek Kong.

"Kita menjumpai beg galas  bersama suspek serta merampas barang kes tersebut ke balai untuk tindakan selanjutnya.
"Turut dijumpai dalam bekas warna perak ialah kad ATM dan kad kredit pelbagai bank, pasport Malaysia yang dimiliki Khairul Hakim Rasid, headfon dan dompet,"katanya di sini hari ini.

Katanya,suspek ditahan di lokap Balai Polis Sentral untuk siasatan lanjut.
LihatTutupKomentar
Cancel