Kebajikan bekas pelajar KKKg tidak diabaikan

KUCHING:Kolej Komuniti Kuching (KKKg) dengan kerjasama Persatuan Bersatu Alumni Kolej Komuniti Kuching (PBAKKKG) tidak melupakan kebajikan bekas pelajarnya apabila menziarahi dan menyantuni keluarga bekas pelajar KKKg yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Sourabaya Ulu di sini.

KKKg yang diwakili oleh Pegawai Pembangunan Industri dan Alumni, Mohd Suhairi Mad Suhaimin menyampaikan sumbangan kepada Mursyidah Mohamad Napiah yang merupakan graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPL) tahun 2017.  

Sumbangan yang disampaikan merupakan hasil kutipan derma oleh seluruh warga KKKg serta alumni yang berupa wang tunai. 

Menurut Mursyidah, kebakaran yang berlaku pada 16 Februari lalu telah meranapkan keseluruhan rumah keluarganya dan menyebabkan mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

Menceritakan detik-detik kejadian, beliau memaklumkan kebakaran bermula dari rumah bersebelahan dan merebak ke rumah mereka, kebakaran berlaku terlalu cepat sehingga mereka tidak dapat menyelamatkan dokumen-dokumen penting seperti Sijil Konvokesyen dan transkrip keputusan semasa belajar di Kolej Komuniti Kuching. 

“Kami semua panik dan hanya memikirkan untuk menyelamatkan diri dan ahli keluarga, katanya.  

Mursyidah yang kini bekerja di agensi pelancongan tempatan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang prihatin dan bermurah hati untuk memberi sumbangan kepada mereka sekeluarga. 

"Ketika ini kami sekeluarga tinggal di rumah nenek sementara menunggu rumah dibaikpulih”, ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel