Kereta terbabas, dua maut, seorang parah
KOTA KINABALU, 29 Feb -- Dua maut dan seorang parah selepas sebuah Proton Iswara yang hilang kawalan terbabas di bahu jalan di Jalan Kepayan, berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini, kira-kira pukul 5.28 pagi ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam satu kenyataan berkata dua yang disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian dikenali sebagai seorang wanita Miarah Lawi, 62, dan seorang lelaki, Suhaidi Wahid, 35 tahun.
"Seorang lagi lelaki yang parah dalam kejadian itu masih belum dapat dikenali pasti identitinya, dan dia telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut," menurut kenyataan itu.
Kejadian pagi tadi menyaksikan 12 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999.
- Bernama
Gambar hiasan