Koronavirus : Penduduk panik buang kucing dan anjing dari atas apartment

SHANGHAI: Kerana panik dengan penularan coronavirus, pemilik kucing dan anjing bertindak membuang haiwan peliharaan mereka itu dari atas apartment.

Portal The Sun melaporkan, bangkai haiwan peliharaan itu kelihatan bergelimpangan di atas jalan raya berlumuran darah.

Di Shanghai, sekurang-kurangnya lima ekor kucing ditemukan mati, dipercayai haiwan peliharaan berdasarkan bulu yang bersih dan licin, menurut laporan yang tidah sah.

Di bandar raya Tianjin wilayah Hebei - yang menempatkan Wuhan, seekor anjing mati dilaporkan dilontar dari salah satu blok rumah pangsa.
Media tempatan melaporkan, anjing itu dibuang dari tingkat atas pada jam 4 pagi dan terkena bumbung kereta sebelum jatuh di permukaan jalan.

Bunyi anjing menghentam bumbung kereta itu digambarkan seperti letupan tayar sehingga penduduk di kawasan berhampiran terbangun dari tidur.

Sebuah keluarga mendapati anjing malang itu terbaring kaku berlumuran darah di atas permukaan jalan batu-bata.

Penduduk dikatakan panik selepeas penceramah Dr Li Lanjuan dalam sebuah televisyen China memberitahu, sekiranya haiwan peliharaan mempunyai hubungan fizikal dengan pemilik, mereka perlu dikuarantin.

Media tempatan bagaimanapun melaporkan kenyataan sebagai ‘kucing dan anjing boleh menyebarkan coronavirus’.
Khabar angin palsu ini tersebar dengan pantas selepas Zhibo China memuat turun kenyataan itu di media sosial Weibo.

China Global Television Network bagaimanapun mengekang penularan laporan palsu ini dengan mendapatkan komen daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

‘Tiada bukti menunjukkan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing boleh terdedah dengan koronavirus,” kata WHO Rabu lalu.


LihatTutupKomentar
Cancel