Lelaki ditahan rogol pelajar

SIMUNJAN: Seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol pelajar sekolah menengah di sini, pada 1 Februari lalu. 

Suspek ditahan semasa serbuan di rumahnya kira-kira jam 11 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Merbin ak Lisa berkata, saspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 19 Februari.

"Jika sabit kesalahan suspek boleh dituduh dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (Rogol) yang boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan dikenakan sebat," katanya dalam kenyataan.

Kronologi kes, semalam polis IPD Simunjan telah menerima satu laporan daripada seorang pelajar perempuan Tingkatan 5 sebuah sekolah Menengah berumur 16 tahun yang menyatakan dirinya telah dipaksa melakukan hubungan seks oleh seorang kenalan lelaki yang baru sahaja dikenali.

Sebelum kejadian pada 1 Januari pada jam 7.00 malam sehingga tengah malam mangsa berada di rumah kawan perempuan di kawasan Simunjan.

Akibat tiada kenderaan untuk pulang ke rumah neneknya mangsa di kampung berhampiran, kawan perempuan mangsa telah menghubungi sepupu lelakinya iaitu saspek untuk menghantar mangsa balik.

Dalam perjalanan selepas tengah malam tersebut mangsa telah diajak oleh saspek untuk tidur di rumahnya di kawasan Simunjan kerana mendakwa hari telah lewat malam.

Mangsa dan saspek tidur di bahagian ruang tamu rumah saspek dan ketika itulah mangsa telah diajak oleh saspek untuk melakukan hubungan seks tetapi mangsa menolak sehingga saspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks.

Sebelum kejadian mangsa memang sudah mengenali saspek selama satu minggu dengan cara berhubung melalui telefon milik kawan peremuan mangsa yang merupakan sepupu kepada saspek. 

Mangsa telah dihantar ke Hospital Serian sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan lanjut.

Hasil pemeriksaan, Pegawai Perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan pada alat kemaluan mangsa. Mangsa telah ditahan di Wad Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.
LihatTutupKomentar
Cancel