Lelaki terjatuh masa tutup tingkap
Apabila wartawan tiba di lokasi, polis sudah pun menghubungi ambulans.
Mangsa masih tidak sedarkan diri ketika pasukan perubatan tiba di tempat kejadian.
Petugas perubatan memberikan rawatan cemas sebelum mangsa dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.
Ketika kejadian mangsa sedang menutup tingkap sebelum terjatuh.
Seorang penduduk berkata, mangsa tidak boleh bergerak termasuk kedua-dua tangan.
Menurutnya, mangsa menginap di tingkat satu rumah kedai bangunan tersebut.
"Ketika mangsa mahu menutup tingkap di belakang rumah. Secara tidak sengaja dia jatuh ke tepi jalan," katanya.
Anggota bomba menerima laporan pada jam 5.56 petang mengerakkan anggota ke tempat kejadian.
Difahamkan mangsa dalam keadaan stabil.