Letupan gas, mujur hanya melecur

KUCHING:Seorang mangsa lelaki melecur pada tangan dan kaki setelah kebocoran gas berlaku di S.O.S Oksigen,Taman Sung Hong,Jalan Tun Razak yang menyebabkan letupan di sini, pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.32 pagi.
 
"Pasukan Gerakan Operasi(PGO)
Sarawak menerima panggilan kecemasan tentang kebocoran gas di alamat berkenaan dan menggerakkan BBP Tabuan Jaya dan BBP Padungan (bantuan) ke lokasi kejadian.
 "Berlaku kebocoran pada tong gas jenis oksigen, kebocoran tersebut telah menyebabkan letupan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,kejadian letupan tidak melibatkan sebarang kemusnahan terhadap struktur. 

"Bomba yang tiba di lokasi telah membuat tindakan menutup kebocoran tersebut, keadaan kembali terkawal pada jam 11.46 pagi.
"Mangsa seterusnya diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital menggunakan jentera Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS),"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel