Lo Khere Chiang mahu pertahan Batu Kitang
KUCHING, 18 Feb: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang mengesahkan beliau mahu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang pada pilihan raya negeri akan datang.
"Ya, saya. ( mahu mempertahankan kerusi DUN Batu Kitang). Ya, (sekiranya dicalonkan) ianya akan kali kedua saya bertanding (di DUN Batu Kitang)," katanya ketika ditemui di Kota Sentosa, di sini, hari ini.
Lo dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP= berkata sejak menang di DUN terbabit pada 2016, beliau telah bekerja tujuh hari seminggu bagi memenuhi kehendak penduduk kawasannya dan berharap telah memenuhi jangkaan majoriti pengundi kawasan itu sebagai wakil rakyat mereka.
Selain itu, beliau juga yakin pengundi di kawasan terbabit akan dapat menerima Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi mengantikan Barisan Nasional (BN) Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang.
"Tiada masalah (GPS mengantikan BN Sarawak di DUN Batu Kitang), itu adalah cabarannya, kami menjauhkan diri dari UMNO dan tidak mahu menyertai Pakatan Harapan,"katanya.
Beliau berkata ini kerana GPS mahu berdikari dan dapat mengembalikan hak Sarawak kerana tidak lagi ditekan mana-mana pihak samada UMNO atau PH.
TAMAT
keterangan gambar:
1. Lo Khere Chiang (kanan) ketika di temui pemberita di Kota Sentosa hari ini.