Lokasi panas jenayah di Kota Sentosa dipantau


KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) akan memantau 'lokasi panas' di Kota Sentosa dalam usaha membanteras jenayah di kawasan tersebut melalui operasi 'Op Omnipresence' Siri Keenam 2020.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, pasukan operasi  akan menjadi 'Respon Team' jika terdapat laporan kecurian kabel yang berlaku di kawasan Town Square, Kota Sentosa

"Mereka juga akan melakukan Ronda Cegah Jenayah di kawasan panas yang telah ditetapkan termasuk sekitar kawasan Town Square Kota Sentosa.

"Pasukan ini juga dikehendaki melakukan 'Snapcheck' sekiranya perlu dan menjadi pasukan bantuan kepada pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah/ Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJD/BSJND) untuk membuat pemeriksaan di pusat hiburan serta melakukan Omnipresence PDRM Kawasan perumahan dan kawasan komersil tumpuan masyarakat," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, anggota dan pegawai 
 yang terlibat dalam operasi itu hendaklah mempamerkan integriti yang tinggi semasa menjalankan tugas.

 "Utamakan keselamatan diri, rakan sepasukan dan aset pasukan ketika menjalankan tugas," tegasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel