Mangsa kedua runtuhan berjaya diselamatkan


KUALA LUMPUR: Mangsa kedua yang terperangkap dalam runtuhan sebahagiab binaan di Taman Desa, dekat sini petang semalam berjaya diselamatkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) dalam satu kenyataan memberitahu, warga Bangladesh berusia 23 tahun telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba Seputeh.

“Setelah usaha pencarian dan 'flushing' di runtuhan bangunan, Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM mengesahkan tiada lagi mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tersebut.”

"Pada pukul 10.26 malam, operasi runtuhan bangunan telah ditamatkan," kata bomba.

Menurut bomba, usaha menyelamatkan mangsa kedua pada berdepan kesukaran kerana keadaan bangunan yang tidak stabil.

Bomba dalam kenyataan terdahulu memberitahu pihaknya berjaya mengeluarkan seorang mangsa.

Mangsa pertama yang berjaya dikeluarkan itu, iaitu lelaki warga Bangladesh berusia 37 tahun, telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan di Zon Merah, kata bomba dalam kenyataan terdahulu.

Semasa anggota bomba melakukan usaha pencarian mangsa yang terperangkap dalam runtuhan, anggota telah menjumpai dua orang mangsa.

"Pihak bomba kini bekerjasama dengan polis, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) dan pihak pengurusan pembinaan bagi membuat penilaian di kawasan sekitar kejadian untuk memastikan jumlah mangsa yang terlibat," kata bomba.
LihatTutupKomentar
Cancel