Mayat anggota PGA hilang dalam tragedi bot karam di Sandakan sudah dijumpai


SANDAKAN - Setelah hampir 48 jam menunggu, akhirnya keluarga Koperal Asman Ongkal yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam reda menerima berita pemergian anggota Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) itu.

Asman antara 37 mangsa termasuk tekong bot penumpang yang terlibat dengan kejadian bot karam selepas berlanggar dengan sebuah bot yang sedang ditunda semasa bergerak dari Kampung Pulau Tanjung Aru menuju ke Jeti Pasar Umum Sandakan pada semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 5.40 pagi itu, Asman dilaporkan sempat membantu menyelamatkan beberapa penumpang lain termasuk pelajar sekolah untuk berpaut pada bangkai dan bot berhampiran.

Namun, malang sekali dia gagal menyelamatkan diri sendiri dan hilang selepas itu.

Mayat anggota polis itu telah dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 6 petang tadi.

Sementara itu, keadaan pilu menyelubungi kawasan Jeti Maritim Sandakan apabila ahli keluarga Asman termasuk isterinya, Roslina Sari gagal menahan tangisan selepas kehilangan suami tercinta.



LihatTutupKomentar
Cancel