Memandu mabuk, lelaki didenda RM1,000


KUCHING:Mahkamah Majistret,di sini, hari ini menjatuhkan hukuman RM1,000 atau 10 hari penjara terhadap seorang lelaki atas kesalahan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.

Tertuduh Sinta ak Richard, 28, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibaca Majistret, Zaitun Anuar dan membayar denda yang dikenakan atas kesalahannnya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, tertuduh yang memandu kereta Perodua Viva ditahan di Jalan MJC Batu Kawa pada 31 Ogos 2018, jam 12.15 pagi ketika pihak polis menjalankan pemeriksaan lalulintas Ops Mabuk.

"Setelah ujian hembusan nafas menggunakan alat SD-2+ dijalankan ke atas tertuduh oleh Konstabel Hendry Keri  keputusan adalah positif.
        
"Tertuduh kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Kawa dan menjalani ujian hembusan nafas menggunakan alat Lion Alcolmeter EBA-II  oleh Sarjan Raymond ak Edward Sumek,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,hasil keputusan ujian tersebut mendapati kandungan alkohol dalam badan tertuduh adalah sebanyak 83mg/100ml dalam darah iaitu melebihi sebanyak 3mg alkohol dalam 100ml iaitu melebihi daripada had yang dibenarkan sebanyak 80 mg dalam 100ml dalam darah.
       
"Siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 45A(1) APJ 1987,"katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel