Pemain Sarawak diperkenal di Asajaya malam ini


MAJLIS memperkenalkan 
pemain Skuad Sarawak United berlangsung di Dataran Asajaya malam ini.

Turut berlansung pelancaran jersi baharu pada majlis yang dijangka berlangsung pada jam 7.30 malam.

Ia merupakan kali pertama pasukan Sarawak mengadakan majlis seumpama di luar bandar.

Pemain bintang import ternama yang akan menyerikan majlis malam ini ialah Patrick Ronaldinho, serta bekas penyerang Malaysia, Selangor dan JDT, Amri Yahyah, bekas bintang Kuala Lumpur, Ashri Chuchu dan bekas pemain JDT, S. Chanturu.

Untuk memeriahkan lagi acara, penyanyi ternama dari Semenanjung, Ameng Spring akan menghiburkan orang ramai.

Dijangkakan ribuan penduduk akan membanjiri Dataran Asajaya malam ini.

Dalam aksi persahabatan SUFC tewas 4-1 kepada Melaka United di Stadium Sarawak Ahad lalu. 

Sementara itu, Presiden Sarawak United FC (SUFC), Datuk Posa Majais berkata,  majlis memperkenalkan pemain dan jersi baharu pasukan di luar bandar adalah atas permintaan peminat dan penyokong setia.

"Kita memberi peluang kepada para peminat bola sepak tempatan di luar bandar untuk bertemu pasukan SUFC,” katanya.


SENARAI SKUAD SARAWAK UNITED FC

PENJAGA GOL: Mohamad Firdaus Muhd, Saiful Wazizi dan Farhan Abu Bakar.
PERTAHANAN: Farid Azmi, Abdul Rahman Ismawi, Azreen Zulkafli, Ali Imran Alimi, Syukri Azman, Muhd Farid Ramli, Nicholas Marotta, Sanjev Dinesh Baskeran dan Adam Shreen.

TENGAH: Mohd Muzaimir Abdu Hadi, Norazizi Ramlee, Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzil, Amri Yahyah, Fauzi Roslan, S. Veenod dan Alif Hassan.

PENYERANG: Patrick Ronaldinho, S. Chanturu, Ashri Chuchu, Alan Lagang Keryer, Yusaini Hafiz, Zahrul Nizwan dan Rahim Razak.

JURULATIH: E. Elavarasan.
LihatTutupKomentar
Cancel