Pemandu tersepit
KUCHING: Pemandu tersepit dalam kemalangan membabitkan kereta Proton Saga dan Hilux di Skim Penempatan Baru Stampin, di sini, awal pagi tadi.
Pemandu proton saga, Chung Kim Choo, 36, tersepit di bahagian duduk pemandu, manakala pemandu Hilux, Voon Weng Kim, 23, telah berjaya dikeluarkan dan mendapat rawatan awal oleh unit Emrs Batu Lintang dan di hantar ke pusat rawatan swasta.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.41 pagi.
"Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Sarawak menerima panggilan kemalangan jalan raya di alamat berkenaan dan mengarahkan keluaran BBP Tabuan Jaya dan unit EMRS ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, setelah berjaya mengeluarkan pemandu yang tersepit di dalam kereta Proton Saga menggunakan peralatan menyelamat mangsa diserahkan kepada pihak kesihatan untuk tindakan selanjutnya.