Pengagihan MyFreeview tidak mendapat kerjasama

KUCHING, 15 Feb: Pakatan Harapan (PH) Sarawak kecewa dengan kerajaan negeri kerana enggan bekerjasama mengagihkan dekoder televisyen digital 'MyFreeview' (MyTV) kepada isi rumah B40 di negeri ini.

Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen berkata demikian kerana ada wakil rakyat mereka di Miri menulis surat permohonan kepada kerajaan negeri untuk mengunakan Dewan Suarah Miri sebagai pusat pengedaran dekoder terbabit hujung bulan ini.

"Walaupun telah diluluskan, tetapi dua atau tiga hari lalu kita dimakumkan melalui satu surat daripada kerajaan negeri bahawa mereka membatalkan keputusan untuk kita guna dewan suarah itu sebagai pusat pengedaran dekoder terbabit,"katanya.

Chong berkata ini teladan yang tidak baik sebagai kerajaan negeri kerana usaha kerajaan pusat PH mengedarkan dekoder itu terus kepada rakyat Sarawak berikutan dibawah kerajaan pusat sebelum ini peralatan itu hanya dikirim mengunakan perkhidmatan kurier dan banyak tidak sampai kepada rakyat Sarawak.

"Itu dewan suarah memang tempat awam yang dibina mengunakan wang rakyat, tetapi 
tidak dibebarkan untuk kegiatan yang memberi manfaat kepada rakyat,"tambahnya.

Beliau berkata masalah sama berlaku di Sibu apabila pihaknya cuba berhubung dengan Majlis Perbandaran Sibu bagi memohon mengunakan satu dewan masyarakat dibawah majlis itu tetapi juga ditolak beberapa bulan lepas.

"Mereka memberi alasan dewan masyarakat terbabit sudah digunakan orang lain pada hari sama tetapi kami telah menghantar orang kami ke sana hari itu dan mendapati bukan sahaja tiada orang malah pagar dewan itu juga dikunci,"katanya.

Chong berkata pihaknya sehubungan itu akan terus bekerjasama dengan pihak swasta bagi mengedarkan dekoder di bandar raya utama di negeri ini selagi kerajaan negeri tidak beri kerjasama melaksanakan program dan inisiatif kerajaan pusat.

Beliau berkata pihaknya mendapati pusat membeli belah juga sesuai bagi menjalankan pengedaran dekoder terbabit seperti di Aeroville Mall hari ini dan esok serta Emart Batu Kawa pada Isnin dan Selasa depan.
TAMAT

 keterangan gambar:

1. Chong Chieng Jen ( dua dari kiri) menyampaikan dekoder kepada salah seorang warga bandar raya ini di Aeroville Mall, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel