Pengawal keselamatan tangkap pencuri
KUCHING: Tindakan pantas pengawal keselamatan berjaya menangkap lelaki yang mahu mencuri barang di Pasar Seni, Jalan Haji Taha, di sini, hari ini.
Lelaki berusia 43 tahun itu ditangkap bersama lapan beg galas dan sandang
pelbagai jenis jam 10.30 pagi sebelum diserah kepada polis.
Ketua Polis Balai Sentral ASP Ahmad Abang berkata, suspek mengalami kecederaan di bahagian muka akibat bergelut dengan pengawal Keselamatan yang bertugas.
"Suspek dibawa ke hospital terlebih dahulu bagi mendapat rawatan sebelum
dibawa ke balai untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.