Penyelewengan NAFAS,Hud kecewa
KUCHING:Timbalan Pengerusi Amanah Sarawak,Hud Andri Zulkarnaen Hamden
kecewa dengan pendedahan salahlaku yang didakwa di Sarawak oleh
Audit Forensik Antarabangsa ke atas Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).
Beliau yang juga Pengerusi Biro Pertanian dan luar bandar Amanah Negeri Sarawak mendesak kepada kepimpinan serta pengurusan tertinggi NAFAS agar mengambil tindakan tegas ke atas ahli jemaah Pengarah Nafas yang melakukan penyelewengan dengan menyaman mereka serta melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan siasatan yang telah dibuat.
"Saya menyarankan mana-mana individual yang terlibat dengan penyelewengan ini agar menarik diri dari dicalonkan untuk bertanding dalam MAT nanti.
"Saya merasakan individua yang terlibat itu sudah tidak layak lagi memimpin maupun dipilih dalam MAT akan datang,"katanya dalam satu kenytaan hari ini.
Katanya,penemuan tersebut mendedahkan dua salahlaku yang berlaku di Sarawak iaitu pembelian ladang sawit di sungai Karap Miri Sarawak yang didakwa di beli dengan harga yang tinggi dari pasaran.
"Harga belian ialah RM135 juta dan harga nilaian sebenar RM122. 8 juta,selain itu pembayaran Zakat perniagaan kepada penerima tidak layak iaitu didakwa diberikan kepada Persatuan Peladang Negeri (PPN)Sarawak sebanyak RM100, 000,"ujarnya.
Laporan audit forensik yang dilakukan ke atas akaun milik Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mendedahkan juga pertubuhan itu menanggung keseluruh kerugian kira-kira RM50 juta akibat penyelewengan pengurusan kewangan dan tadbir urus, satu angka yang amat besar.
NAFAS dianggotai 921, 932 orang ahli dengan 14 Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), 279 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan lebih 7000 unit peladang di seluruh negara.
Sarawak mempunyai 28 Pertubuhan Peladang kawasan (PPK) yang beroperasi.