Petani, penternak disaran guna teknologi moden
SERIAN: Masyarakat tani di luar bandar perlu mempertingkatkan produktiviti dan pengeluaran hasil tanaman atau penternakan sejajar dengan hasrat kerajaan negeri menjadi pengeksport produk makanan dan pertanian menjelang tahun 2030.
Adun Kedup, Martin Ben berkata, dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan negeri, golongan petani dan penternak haiwan peliharaan perlu mempelbagaikan sistem pertanian termasuk mengadaptasi teknologi moden.
Jelasnya, penggunaan teknologi moden dapat membantu mereka memaksimumkan hasil selain meningkatkan kualiti pengeluaran untuk tujuan pasaran.
Beliau berkata demikian semasa Sesi Penerangan Dan Dialog Program Fasilitasi Pertanian Tahun 2020 Bagi Kawasan DUN Kedup di Serian pada Khamis.
Sementara itu, Martin memberitahu, pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti tinggi dan mencapai standard yang ditetapkan penting bagi memastikan hasil pertanian dapat dijual dan dapat dieksport ke peringkat antarabangsa.
Dalam pada itu, beliau teruja melihat kehadiran yang luar biasa daripada warga DUN Kedup dalam sesi dialog tersebut dan ia menunjukkan minat dan kesungguhan mereka dalam bidang pertanian sebagai sumber pendapatan utama