PGA rampas spesis terlindung di Bau

BAU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak merampas spesis terlindung dianggarkan bernilai RM 92,000 dalam Ops Bersepadu Khazanah bersama pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) Selasa lalu.

Dalam operasi yang dijalankan jam 4.49 petang di Jalan Krokong, Lorong Taiton 9 itu, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun turut ditahan untuk siasatan. 

 Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak, Datuk Khaw Kok Chin berkata, sebanyak 50 ekor burung pelbagai spesis, dua ekor itik, 11 ekor ayam dan 16 ekor kura-kura berjaya diselamatkan daripada diperdagangkan.

"Kesemua haiwan ini merupakan spesis terlindung dan dilindungi sepenuhnya di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998,"katanya.

Katanya,hasil rampasan telah diserah kepada pihak SFC untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998.

 "Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM25,000 atau penjara tidak kurang dua tahun," tegasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel