Polis rampas batu karang bernilai RM2.49 juta di Lundu
LUNDU: Sebanyak 2,493 batu karang pelbagai saiz dan jenis bernilai RM 2.49 juta dirampas di sebuah rumah di Jalan Kampung Pandan di sini.
Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Pasukan Gerakan Am diketuai oleh Pegawai Gerakan, Batalion 11 PGA ASP Mohd Zaimi Ismail bersama dua pegawai SFC Bahagian Kuching pada jam 11 malam tadi.
Dalam serbuan tersebut pasukan serbuan membuat pemeriksaan seitar kawasan rumah dan menjumpai sebanyak 2,493 batu karang pelbagai saiz dan jenis yang berada di dalam kolam.
Batu karang yang dijumpai di kawasan tersebut terlindung di bawah Sarawak Wildlife Protection Ordinan 1998.
Pemeriksaan lanjut mendapati pemilik batu karang tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen dan permit yang sah untuk pemilikan barang.
Pegawai Pemerintah, Batalion 11 PGA Supritenden Rosdi Inai berkata, seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan.
Menurutnya, kesemua rampasan diserahkan kepada pihak SFC Bahagian Kuching untuk tindakan dan siasatan lanjut.
1 Komentar
-
Tropical Life Ocean Sdn. Bhd February 8, 2020 at 12:31 PM betul ka bro berita nya. cuba kaji balik.