Projek Jambatan Labuan - Menumbok diharap dianugerahkan tahun ini - Khalid


LABUAN, 7 Feb -- Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berharap projek jambatan Labuan-Menumbok dapat dianugerahkan tahun ini.

Beliau berkata satu jawatankuasa yang diketuai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) telah ditubuhkan untuk meneliti pelbagai perkara mengenai cadangan itu.
Satu siri perbincangan telah diadakan antara kementeriannya, kerajaan Sabah dan Kementerian Kerja Raya untuk mengenal pasti kawasan yang akan terlibat dalam projek itu, katanya kepada pemberita selepas program "Ziarah Kasih" di sini hari ini.

Beliau berkata projek itu akan dilaksanakan melalui inisiatif sektor swasta.

Menurut laporan sebelum ini, jambatan yang dicadangkan itu, sepanjang lebih 11 kilometer, melibatkan kos kira-kira RM5 bilion
-- Bernama
LihatTutupKomentar
Cancel