Riot menyertai PKR

KUCHING: Politk Sarawak kembali 'panas' susulan pergolakan pentadbiran Persekutuan yang beterusan sehingga sekarang.

Terbaru, Ahli Parlimen Serian Richard Riot Jaem yang juga Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dikatakan telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Ia dinyatakan dalam facebook terbaru PKR hari ini.

Bagaimanapun belum ada pengesahan daripada Richard Riot dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian mengenai perkara tersebut. 

Richard Riot menyandang jawatan Ahli Parlaimen sebanyak enam kali selepas pertama kali dipilih pada tahun 1995 untuk kerusi Serian.

Sebelum pilihan raya umum 2018, beliau adalah Menteri Sumber Manusia.

SUPP adalah salah satu daripada parti komponen kerajaan gabungan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
LihatTutupKomentar
Cancel