RM18 juta bagi Insentif Ibu Bersalin (IIB)

KUCHING, 6 Feb: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM18 juta bagi memberikan Insentif Ibu Bersalin (IIB) sebanyak RM450 kepada setiap ibu anak Sarawak yang baharu bersalin tahun ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata demikian dengan IIB bagi membantu ibu terbabit mendapatkan khidmat urutan, penjagaan dan sebagainya sepanjang tempoh berpantang.

"Ini merupakan tahun pertama perlaksanaan IIB dan kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM18 juta bagi melaksanakannya tahun ini,"katanya selepas melawat pusat penjagaan dan pemulihan ibu bersalin LoveBond Care, di Cha Yi Goldland, Jalan Tun Jugah di sini, hari ini.

Fatimah berkata sejak 1 Januari sehingga 5 Febuari keseluruhannya seramai 1,044 permohonan IIB telah diterima kementerian itu samada dari ibu yang mengandung atau suami mereka dengan sebanyak 475 permohonan adalah secara online dan 569 mengunakan borang.

Sebanyak 428 permohonan itu dari Kuching, diikuti Sibu (84 permohonan), Miri (71 permohonan), Samarahan (107permohonan), Bintulu (97 permohonan), Sri Aman (36 permohonan), Mukah (30) permohonan, Betong (37 permohonan), Sarikei (48 permohonan), Serian (36 permohonan), Kapit (18 permohonan) dan Semenanjung dan lain-lain (36 permohonan).

"Permohonan IIB boleh dibuat selepas minggu ke 22 mengandung sehingga tiga bulan selepas bersalin dan wang IIB akan dimasukkan ke akaun bank ibu selepas bersalin dengan mengemukakan kad bersalin mereka sebagai bukti," katanya. 

Katanya terpulang kepada ibu yang sudah bersalin dan berpantang bagaimana mengunakan wang IIB terbabit bagi mendapatkan khidmat urutan, jagaan, dan pemulihan termasuk yang disediakan pusat penjagaan dan pemulihan ibu bersalin LoveBond Care.

Fatimah berkata IBB akan dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serentak dengan program Kenyalang Gold Card (KGC) bagi warga emas anak Sarawak pada 7 Mac depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Keterangan gambar:

1. Dato Sri Fatimah Abdullah (kanan) melihat bilik penjagaan ibu bersalin yang disediakan di LoveBond Care ketika melawat pusat jagaan dan pemulihan ibu bersalin terbabit.

2.Dato Sri Fatimah Abdullah (lima dari kanan) memberikan cenderahati kepada kakitangan pusat jagaan dan pemulihan ibu bersalin LoveBond Care ketika melawat pusat terbabit.
LihatTutupKomentar
Cancel