Rugi RM10,700 ditipu kenalan lelaki


SIBU: Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM10,700 apabila ditipu kenalan lelaki berasal dari China dan menetap di Amerika Syarikat.

Sepanjang perkenalan kedua-dua mereka  telah bertukar-tukar pengetahuan dan kerjaya masing-masing.

Bagaimanapun, kenalan Steven Lee menyatakan kepada pengadu berminat untuk membuat pelaburan di Malaysia dan telah menawarkan komisen kepada pengadu sekiranya dapat membantu hasratnya itu.

Pada 2 Februari lalu, Steven Lee memberitahu mahu menghantar barang kepada pengadu.

Pada hari yang sama pengadu menerima panggilan dari  seorang wanita bernama Mary Tan yang menyataka dari TX Express Corp memaklumkan barang pengadu ada di KLIA.

Pengadu diminta membayar proses kelulusan duti Kastam bagi mendapatkan kiriman barang tersebut dan telah membuat bayaran ke akaun CIMB nombor 7066852xxx nama Noraini Mohd Nor berjumlah RM 2,250 pada 4 Februari lalu.

Pengadu diminta untuk membuat bayaran mengikut nilai mata wang USD untuk membolehkan pengadu mendapatkan barang kiriman tersebut.

Untuk bayaran seterusnya pengadu telah membuat tiga kali transaksi bayaran ke akaun No 4722446xxx Public Bank  atas nama Malejantika Zainal bermula RM3999, RM4000 dan yang terakhir RM451. Bayaran yang dilakukan dimaklumkan untuk pelepasan cukai kastam.

Bagaimanapun bayaran telah saya bayar berjumlah RM10,700 untuk mendapat barang yang dikirimkan Mary Tan terus menyuruh pengadu membuat bayaran sehingga menyuruh pengadu membuat pengesahan kepada Steven Lee.

Pengadu telah dimaklumkan oleh Steven Lee supaya membayar dahulu permintaan Mary Tan dan berjanji akan membayar balik kepada pengadu apabila sampai di Malaysia nanti.

|Pengadu merasakan urusan mendapatkan barang kiriman dari Steven Lee dan Mary Tan meragukan maka pengadu mula rasa tidak percaya dan merasakan telah ditipu.

Pengadu telah mengalami kerugian sebanyak RM10,700.00.

Semua bayaran yang dibuat oleh pengadu adalah melalui bayaran online. Pengadu datang ke balai buat laporan untuk tindakan polis selanjutnya.
LihatTutupKomentar
Cancel