Seorang lagi kaki pecah kereta dicekup
KUCHING: Ahli geng pecah kereta sekali lagi berjaya ditumpaskan pihak polis pagi ini.
Tangkapan seorang lelaki berusia 40 tahun itu dilakukan anggota dan pegawai Balai Polis Sentral jam 10.30 pagi.
Ketua Polis Balai Sentral ASP Ahmad Abang berkata,pihaknya bertindak di atas maklumat kes pecah kereta yang diterima bertempat di tingkat satu, Bangunan kosong Lorong 13, Jalan Datuk Ajibah Abol.
"Kita melihat seorang lelaki dalam keadaan mecurigakan dan melakukan pemeriksaan," katanya di sini hari ini.
Katanya,pihaknya telah menahan lelaki tersebut dan buat tangkapan.
"Suspek telah dibawa ke balai Tabuan Jaya untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.