Suspek kes tikam Batu Kawah diburu

KUCHING: Polis Sarawak memburu suspek yang terlibat dalam kes bunuh di kaki lima di sebuah kedai makan di RPR Batu Kawa Fasa 2 malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ramli Din berkata, suspek telah dikenal pasti melalui rakaman CCTV dan saksi yang ada di lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa (Abang Salehin 37 tahun) dipercayai dibunuh kerana dituduh suspek memecah cermin kereta.

Beliau berkata, rakaman CCTV merekodkan perbuatan suspek mengeluarkan senjata tajam ketika membonceng motosikal.

"Kita percaya mereka saling mengenali antara satu sama lain.

"Kita telah menggerakkan segala elemen untuk memburu suspek," katanya.

Beliau berkata, kes akan diselesaikan dalam masa terdekat.
LihatTutupKomentar
Cancel