Telefon bimbit disambar penyamun
KUCHING: Hanya sekelip mata, telefon bimbit seorang wanita dilarikan oleh lelaki.
Ketika kejadian mangsa bersama rakannya makan di Delta Mall di sini, pada kira-kira-kira jam 1 petang tadi.
Suspek melarikan dua telefon bimbit mangsa yang diletakkan atas meja.
Mangsa cuba mengejar suspek, namun gagal kerana suspek berjaya melarikan diri dengan motosikal.
"Ketika mangsa meletakkan kedua-dua telefon bimbitnya di atas meja dan tiba-tiba seorang lelaki datang dan melarikannya," kata sumber.
Polis kini sedang memburu suspek yang dipercayai dimiliki seorang lelaki di Durin.
Difahamkan kes disiasat sama ada mtosikal digunakan adalah motosikal curi.