Tiga dicekup simpan dadah, 4 laras senapang angin dan 1,000 butir peluru

BAU:  Tiga lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan semalam. 

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri DSP. Tumar anak Lunya berkata, mereka ditangkap daam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Serikin malam semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut di dalam bilik stor berhampiran dapur rumah tersebut, pasukan serbuan telah menjumpai di atas meja satu paket plastik yang dalamnya mengandungi satu paket plastik lutsinar.

"Suspek yang ditahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun dan  dua warganegara Indonesia berusia 18 dan 19 tahun.

Barang yang dirampas ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu dan (13) keratan tiub straw berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu.

"Turut dijumpai semasa pemeriksaan tersebut di atas lantai seperti empat laras senapang angin, 1,000 butir peluru senapang angin, satu unit panah silang (Cross bow) , sembilan batang anak panah," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua saspek [B1], [B2] dan [B3] ditahan di bawah Seksyen 12(2)
Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing, kesemua saspek didapati positif dadah jenis METH/AMP.

"Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

"Kesemua suspek direman selama empat hari. Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan,
jika disabitkan kesalahan hendaklah didenda tidak lebih daripada RM100,000  atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel