Tiga lagi kes disyaki Covid-19


KUCHING: Sarawak mencatatkan tiga lagi kes dalam siasatan Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan 120 kes sejak 10 Januari lalu.

Kes-kes baru, semuanya adalah rakyat Malaysia, direkodkan secara berasingan masing-masing di di Hospital Umum Sarawak, Hospital Bintulu dan Miri.

Selain daripada kes-kes baharu yang didaftarkan pada hari ini, sebanyak 117 kes telah didapati negatif.

Untuk rekod, Malaysia telah mencatatkan 24 kes Covid-19 sejak petang ini.
LihatTutupKomentar
Cancel