Tiga termasuk budak ditembak


KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 36 tahun mengalami kecederaan di lutut dalam satu kejadian tembak yang berlaku pada pukul 7.00 malam tadi di Jambatan Lok Urai, Pulau Gaya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji mengesahkan kejadian ini .

Berdasarkan maklumat awal, beliau turut memaklumkan, dalam kejadian tembak berkenaan, dua kanak-kanak berumur 10 dan 3 tahun turut mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan tembakan.

Kanak-kanak berkenaan masing-masing mengalami kecederaan di perut dan belakang badan.

Menurut beliau, fakta awal kes menunjukkan, satu lelaki tidak diketahui secara tiba-tiba telah melepaskan beberapa das tembakan mengenai mangsa.

Beliau juga memaklumkan, motif masih tidak diketahui dan masih dalam rakaman percakapan akan diambil bagi membantu siasatan.

Tiada saksi yang tampil buat masa ini. - Buletin Sabah
LihatTutupKomentar
Cancel