TikTok - Mandi dalam sinki restoran makanan segera di AS

Seorang pekerja di Wendy's di Greenville, Amerika Syarikat (AS) telah memuat naik video dia sedang mandi dalam sinki di restoran makanan segera itu baru-baru ini.

Klip video 23 saat itu dimuat naik dalam TikTok yang kemudian ditonton ribuan kali sebelum viral ke dalam platform media sosial yang lain.

Lelaki itu sedang duduk dalam sinki dipenuhi air sabun hingga paras bahu dengan seorang lagi melontar kain ke dalam air dan suruh 'bersihkan diri'.

"Rasa seperti mandi tub air panas. Saya hanya menikmati hidup, bos," katanya sambil ketawa.

Tindakan itu sebabkan dia dipecat bersama kawannya yang terlibat.

Jurucakap Team Schostak iaitu pemilik Wendy's itu, Christian Camp berkata, semua staf berada dalam video itu dipecat serta-merta selepas ia tersebar lapor Newsweek.

"Kelaluan itu tak boleh diterima sama sekali dan bertentangan standard operasi, latihan dan keselamatan kami," tegasnya.

Apa kitak rasa kalau ada yang polah hal sama macam tok di restoran makanan segera di sitok??? 🤢🤢🤢
LihatTutupKomentar
Cancel