Tujuh kawasan merah dadah di Sarawak

KUCHING, 3 Feb: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan Sarawak setakat ini masih ada sebanyak tujuh kawasan merah dadah atau kawasan berisiko tinggi masalah dadah.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata demikian dengan tiga kawasan terbabit terletak di bandar raya ini manakala masing-masing dua kawasan itu terletak di Samarahan dan Miri.

"Di Samarahan ialah Tanjung Bundong dan Kampung Baru. Di Kuching ialah Tabuan, Malihah dan Kampung Haji Baki. Di Miri ialah Bekenu dan Batu Niah, semua tujuh kawasan,"katanya ketika ketika melawat tapak projek Pusat Pemulihan Cure & Care (CCRC) Kuching yang baharu di Puncak Borneo itu, di sini, hari ini.

Zulkifli berkata salah satu dahulunya kawasan merah dadah di negeri ini yang berjaya ditukarkan kepada kawasan hijau atau tidak serius masalah dadah ialah Kampung Lintang di bandar raya ini.

Beliau berkata ini berikutan kesungguhan komuniti kampung terbabit membersihkan kawasan mereka dari dadah dan pihaknya berharap lebih banyak kawasan merah dadah di negeri ini dapat dibantu agensi itu berubah menjadi kawasan hijau tahun ini.

"Sekarang ini semua (penagih di Sarawak mengambil) dadah baharu, dadah sintetik seperti Amphetamine-type stimulants (ATS) dan methapatamine manakala dadah tradisional seperti heroin, ganja dan morfin pula berkurangan,"katanya.

Disamping itu beliau mendedahkan setakat ini keseluruhannya seramai 1,640 penagih dadah dikesan di Sarawak dan dalam pengawasan AADK serta masih menjadi negeri terendah bilangan penagih dadah yang dikesan di Malaysia.
tamat

keterangan gambar:

1. Datuk Seri Zulkifli Abdullah ( tiga dari kiri) melawat tapak projek Pusat Pemulihan Cure & Care (CCRC) Kuching yang baharu di Puncak Borneo, di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel