Tulang manusia berusia 40,000 tahun dibawa pulang Mac

KUCHING: Tulang rangka manusia berusia lebih 40,000 tahun akan dibawa pulang serta dipamerkan di Muzium Sarawak.

Urusan membawa pulang tulang rangka manusia tersebut akan diuruskan pada bulan Mac. 

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, rangka manusia tersebut dijangka menjadi tarikan sekali gus membantu meningkatkan sektor pelancongan.
Menurutnya, kerajaan akan berkoloborasi dengan Universiti Nevada dan Universiti Florida yang pernah melakukan kajian dan analisis tulang sekali gus membantu membawa balik lebih 100 rangka tulang manusia berkenaan.

Ketika menemui tulang tersebut, kita tidak mempunyai kemudahan dan fasiliti yang baik untuk membuat penyelidikan.

"Namun sekarang kita mempunyai profesional dan universiti sendiri," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian 

GYF 2020 di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel