Wanita lapor polis coli dan baju dalam dicuri
SIBU: Seorang wanita membuat laporan polis selepas selalu kehilangan coli dan seluar dalam, dipercayai dicuri oleh individu yang tidak diketahui motifnya.
Pengadu yang berusia 30an dari Jalan Salim mendakwa, kehilangan itu berlaku sejak dua bulan lalu namun beliau hanya menyedari bulan lepas.
Sebelum ini beliau menyangka pakaian dalam tersebut tersalah simpan.
Baru-baru ini mangsa memberitahu menyimpan pakaian yang kotor di dalam mesin basuh dan meletakkan masa untuk cucian keesokkan hari.
Namun mangsa kehairanan kerana penetap masa tersebut tidak berfungsi dan pakaiannya berteraburan di luar mesin, kecuali coli dan seluar dalam yang didapati hilang.
Barulah mangsa sedar pencuri memanjat masuk ke kawasan rumah dan melarikan diri bersama pakaian dalam tersebut.