12 kubur susur digali, dipindah

 
LINGGA: Sebanyak 12 kubur lama digali untuk dipindahkan ke tempat baharu.  Pemindahan ekoran ancaman tanah susur yang boleh menyebabkan kubur akan lenyap.


Kubur berkenaan dipindahkan dan diasemadikan ke Tanah Perkuburan Baru Lingga.

Proses pemindahan berjalan lancar dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) Sri Aman, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penduduk kampung.

Adun Lingga Simoi Peri berkata,  kubur-kubur lama tersebut dipindahkan ekoran keadaan tanah yang semakin susur.

"Sebagai langkah mengelakkan kejadian lebih teruk, maka saya telah berbincang dengan Jawatakuasa Pengurusan Masjid serta JKKK agar melakukan kerja gotong-royong," katanya.

Seorang penduduk berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih ke atas penglibatan program pemindahan kubur di Perkuburan Lama Seberang Sungai Loingga ke tanah perkuburan baharu.


"Saya merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak meliputi individu-individu, jawatan kuasa masjid serta team penggalian kubur yang digerakkan.

"Kerjasama yang terjalin dalam suasana mesra dan penuh semangat 'kampung kita' memudahkan yang sulit dan sesungguhnya hanya dengan ukhwah yang sejati sahaja setiap kesukaran dapat diatasi.

"Sekali lagi syabas kpd semua pihak yang menyempurnakan urusan yg amat "emotional" ini dgn begitu tekun dan ikhlas sekalipun berhadapan dengan beberapa insiden yang di luar dugaan," katanya.

Foto kredit Eid Toresto
LihatTutupKomentar
Cancel