2,000 ujian saringan minggu depan
KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) dan UNIMAS satu-satunya makmal di Sarawak yang mempunyai keupayaan menjalankan 2,000 ujian saringan sehari atau 250 saat yang dijangka bermula hujung minggu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, Kerajaan Sarawak telah membayar RM1.3 juta kepada Kerajaan Persekutuan untuk membantu pembelian kit ujian pantas COVID-19.
"Terima kasih banyak kepada Air Asia diatas penghantaran pertama kit ujian pantas COVID-19 dari Kuala Lumpur," katanya dalam paparan facebook peribadi hari ini.
Sementara itu katanya, Kerajaan Sarawak berusaha sebaik mungkin menyokong Jabatan Kesihatan Sarawak, sebuah agensi Kerajaan Persekutuan dalam usaha berkhidmat kepada rakyat Sarawak.
"CPRC bertanggungjawab untuk semua kesihatan awam (epidemiologi, pengesanan kenalan, hotline, dll), walaupun sebahagian daripada garis depan tetapi di belakang tempat kejadian COVID 19. Setiap orang mempunyai peranan mereka," katanya.
Dalam ada itu beliau mengucapkan terima kasih kepada syarikat Kumpulan WTK memberi sumbangan derma RM2 juta bagi penularan wabak Covid-19 di Sarawak.
Sumbangan disampaikan oleh akauntan WTK Liu Chee Kiong kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Datuk Douglas Embas.
"Terima kasih kepada Datuk Seri Patrick Wong & Datuk Wong Kie Yik dari Syarikat Kumpulan WTK.
"Saya berasa bangga rakyat Sarawak melangkah ke hadapan dalam membamntgu Kerajaan sarawak dan Kerajaan Persekutuan memerangi wabak COVID 19 yang tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.
2 Komentar
-
rafiziemahdi March 24, 2020 at 9:25 PM Betul ka 2000 sehari? -
Nealyn March 24, 2020 at 9:29 PM Sure ahh 2000 per day? Dont give misinformation to the public..
