4 rumah terbakar di Kampung Tabuan


KUCHING:Empat buah rumah terbakar di  Jalan Kampung Tabuan Melayu, Kampung Tabuan Tengah,di sini, pagi tadi.

Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 9.48 pagi.

"Dua buah rumah telah terbakar 100 peratus manakala dua lagi rumah terbakar 60 peratus. 
"Kebakaran telah menyebabkan seorang lelaki berumur 30-an telah cedera semasa menyelamatkan barang-barang di rumah yang terbakar,"katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa telah dihantar oleh pihak APM ke Hospital Umum Sarawak.


"Kebakaran telah berjaya dikawal dan sekarang tugas-tugas memadam sisa-sisa kebakaran masih dijalankan,"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel